mengenang dosa-dosa yang lalu
menilai segala kekurangan
ruang yang masih belum diisi sebaiknya
Boleh aku menangis?
terharu dengan kasih sayangNya
dari awal ke akhirnya
pengorbanan mereka berdua
dari lahir hingga kini dewasa
sokongan kalian semua
di sepanjang perjuangan ini
Boleh aku menangis?
terharu dengan segala
nikmat kurnia tak terkira
malu dengan balasanku padaNya
ibadah yang sambil lewa
ingatan yang sering pudar
hilang entah ke mana
Boleh aku menangis?
mengenang nasib saudara
nun jauh di sana
berkorban dan terkorban setiap hari
berjuang demi Islam tercinta
dengan nyawa dan darah
sedang aku tahu
syurga menunggu mereka
menanti masa kapan saja
Boleh aku menangis?
melihat sahabatku yang masih leka
dibuai nikmat dunia
sedang aku yang sedar ini
masih gagal
membawa mereka pulang
ke pangkal titian cinta abadi
menuju Ilahi
Ya Rabbi..
izinkan aku menitiskan airmata ini..
bukanlah tanda putus asa
jauh sekali rasa kecewa
sekadar muhasabah seorang hamba lemah
agar rasa puas dan cukup itu lenyap
dalam kamus perjuangan
agar nantinya kemenangan kan jelma
dan pintu jannah menanti tiba
pulangnya seorang hamba
dengan wajah ceria..
1 comment:
salam..
menangislah wahai saudara seislamku sekiranya ini memudahkan perjuanganmu...
jgn biarkan godaan dunia melemahkan dirimu..
menangis itu bukan melemahkan tp menyedarkan kita..
setiap titisan air mt mu sungguh bernilai di sisi allah..
allah maha mengetahui shbt :)
jkk~
Post a Comment