Salam alaikum readers..
Kali ini penulis ingin berkongsi kisah 3 ekor katak yang sangat istimewa, huh? kenapa istimewa ya?
Alkisah, ada 3 ekor katak..
si hijau tahi kambing(hitambing)
si hijau pudar warna (hipudar)
Mereka tinggal dengan aman dan damai di tepi sebuah kolam paya di dalam hutan belantara di kawasan borneo utara.(wah, dekat dengan kampung penulis ni..)
Suatu hari, hitambing yang sangat geli dengan bau kolam paya tu pun decide nak pindah sebab sudah tidak tahan dengan bau kolam paya kian membusuk dek sisa kumbahan orang utan (apekah?).
Secara matematiknya, hanya akan tinggal 2 ekor katak di dalam hutan tadi iaitu si hipudar dan si hidaun. betul tak?
Realitinya, setelah beberapa hari, bilangan katak masih tidak berkurang iaitu 3 ekor.
Tahu tak kenapa?
Sebabnya, si hitambing tu decide je nak pindah tapi dia tak pindah pun. Sesuailah dengan tajuk entri kali ini Decide does not mean do ..
Cuba kaitkan sikap si hitambing dengan sikap sesetengah dari kalangan kita dalam realita kehidupan seharian. Telah menjadi kebiasaan sesetengah orang untuk menyatakan keputusan tanpa sebarang tindakan lanjut setelah keputusan dibuat.
Justeru, penulis ingin mengajak para readers sekalian untuk sama muhasabah diri dan sekiranya ada sikap seperti ini, buanglah. Jika sekiranya tiada, alhamdulillah.. Tapi, ada seseorang pernah beritahu saya, manusia ni, kadang-kadang memang bagus dan kadang-kadang perasan bagus.
Wallahua'alam.
Wassalam.
P/s : sebarang komen amatlah dialu-alukan. :)
1 comment:
Good
Post a Comment