Mar 16, 2010

Sibuk yang Nikmat


Salam alaikum readers..




Hidupku semakin sibuk akhir-akhir ini. Sibuk dengan macam-macam hal yang kuharap dapat menjadi aset buatku di akhirat kelak. Pada mulanya, ku sangat penat dan kadang-kadang terasa lelah untuk teruskan langkah.
Ada ketikanya terfikir untuk berhenti seketika. Kemudian aku terfikir dan mula merenung betapa sebenarnya sibuk itu suatu nikmat yang tidak semua orang boleh merasakannya.
Walaupun semua orang sibuk, tapi tidak semua yang orang sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Lebih teruk lagi kalau sengaja menyibukkan diri dengan aktiviti yang tiada manfaat sebagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat. If you know what i mean.

Sebenarnya, pesanan ini juga ditujukan buat diri ini yang juga manusia biasa yang mana kesalahan itu menjadi suatu lumrah. Tapi, perubahan itu harus selalu diusahakan bilamana kesalahan mula disedari. Jadi, saranan diri ini buat semuanya, jom sama-sama sibukkan diri dengan aktiviti duniawi yang bisa menjadi aset buat akhirat insyaAllah.

“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu.
Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku.
Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung.
Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini.
Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu.
Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku ke hadirat-Mu.
Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu.
Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu.
Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid di jalan-Mu.
Kurniakanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keredhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

~Zainab Al-Ghazali Allahyarhamuha~


Sekian dulu buat kali ini.

Wallahualam.
Wassalam alaikum~

No comments:

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )