Aku sayang kau,
kau baik,
kau sopan,
kau ramah,
Aku suka kau,
senyuman kau manis,
wajahmu selalu ceria,
jarang sekali masam melekit di pipimu,
Aku cinta kau,
kerana Dia suka kalau aku cinta kau,
kerana kau saudaraku dalam Islam,
dan tiada salahnya ku cinta kau,
Sekarang aku tanya,
kau bagaimana?
samakah dengan aku?
atau malah lebih..
Hanya kau dan Dia yang yang tahu,
dan Dia lebih Tahu,
Walau apapun,
semoga aku bisa terus begini terhadap kau,
sampai nantinya aku merasakan cinta Dia yang abadi.
Sekali lagi ikhlas kutanya,
Kau bagaimana?
No comments:
Post a Comment