Mar 3, 2010

aku harap kau juga begitu

salam semuanya..

entri kali ini sekadar luahan diri ini..

Malam ini..
aku bercakap soal perjuangan Islam denganmu..
Kau takut kau lupa akan tujuan asalmu..
aku juga begitu..
kau mahu terus melangkah dan bekerja..
samalah dengan aku..
tapi kau rasa ilmumu kurang..
apatah lagi aku..


kau ingin berubah..
kenapa tidak aku?
kau rasa dirimu hina..
sering rindu masa lalu yang kelam..
Itulah yang sering menghantuiku..

Kau bilang..
kau takut menjadi fitnah kepada jemaah..
takutku juga kerana itu..

Aku tidak mahu jadi munafik..
dan kau pun begitu..
Aku ingin berjuang sesudah aku memilih jalan ini..
Aku tidak mahu terus berdebat soal ini..
Aku tidak mahu langkahku tersekat di sini..
aku yakin itu semua bermain di benakmu..


perbualan malam ini..
membuat aku sedar tentang sesuatu..
bahawa aku masih mentah..
dalam berjuang..
apakah aku terlalu tergesa-gesa ingin berjuang,
sedang aku belum kenal Islam?
sedang aku belum hafal dan fahami al-Qur'an?
sedang hadith masih janggal di telingaku, masih asing dalam tingkah dan ucapanku?

Apa belum tiba masanya aku berjuang ke tahap ini?
Apa aku perlu perlahankan langkahku?
atau 'berhenti' buat seketika?

Ah!! hampir saja syaitan menipuku..
perasaan ragu, takut..
lemah, serba kurang..

walhal aku tahu..
Allah sudah memilihku..
maka aku harus yakin..
dengan pertolonganNya..
dengan kebersamaanNya..

kamu..
aku harap kau juga begitu..

maka panjatkanlah doa buat aku, kamu, dia dan mereka..
agar kita selalu thabat di jalan ini..




4 comments:

kakak said...

:)

bantu sahabat-sahabatmu ya. bantu sama-sama, insyaALLAH.

jzkk

Suhaila said...

Salam,

Nice poem :)

Moga dia dan mereka akhirnya kan bersama-sama kita di jalan ini..

aziemohd said...
This comment has been removed by the author.
zulaikha said...

salam...ironinya, sy baru belajar semalam yg kita perlu lebih banyak belajar DAN usaha ke arah Islam itu sendiri, insyaAllah ilmu yg ada dapat mentarbiahkan diri kita selalu DAN dapat berhadapan dgn bermacam-macam persoalan yg sengaja ditimbulkan oleh non-muslim. usaha ke arah Islam ibarat kita usaha nak berjaya dalam bidang akademik, ie, nak lulus xm. Bila lagi nak tunjuk pada Allah yg kita SAYANG dan CINTA pada DIA dan rasul-Nya? InsyaAllah, Allah berkati setiap usaha kita. Amin =)

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )