salam readers..
untuk entri kali ini, sekadar ingin berkongsi sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang sudah tahu..
tapi tidak kurang juga angka mereka yang tidak tahu..
tapi at least lebih baik daripada yang tahu tapi tidak melaksanakan..
tersentap seketika..
tiba-tiba teringat frasa ini..
beriman, berilmu, dan beramal..
tapi..
iman tanpa ilmu..pincang
ilmu tanpa iman.. sesat
kalau ilmu tanpa amal, bukankah sia-sia..?
renungkanlah..
baiklah, back to the topic..
ubat hati itu ada 5.. iaitulah :
- membaca al-Qur'an dan maknanya
ramai yang baca al-Qur'an tapi tidak ramai yang memahami maknanya.
diri ini turut tidak terkecuali.
jadi, marilah berubah.. kita baca al-Qur'an walaupun tak merdu mana, tapi yang penting kita berusaha memahami isi dan maknanya.
- mendirikan solat malam
memulakan itu adalah sesuatu yang susah tapi mengekalkan yakni untuk istiqamah itu lebih payah.. sebab itulah sekiranya kita mampu menjaga solat malam kita, insyaAllah kita akan merasakan kekuatan dalaman yang sungguh luar biasa.. kerana pada waktu inilah biasanya masa untuk kita 'beruzlah' dengan Allah.. berdua-duaan denganNya..
- berkumpul dgn orang2 soleh
menegur apabila salah, menasihati apabila perlu dan mengajak kita kepada kebaikan dan kebajikan..
- perbanyakkan berpuasa
mari sama-sama kita amalkan puasa pada hari Isnin dan Khamis.. seterusnya, puasa pada hari2 yang disunatkan berpuasa..
- panjangkan dzikir malam
dzikir.. mengingati Allah.. seharusnya dilakukan setiap masa.. cuma pada malam sebaiknya diperpanjangkan.. kerana ibadat pada waktu malam sebenarnya lebih kuat kesannya kepada spiritual kita..
selebihnya, berdoalah semoga Allah mencukupi..
firman Allah :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6) (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7) Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8)
(Al -Muzzammil, 73 : 1-8)
(Al -Muzzammil, 73 : 1-8)
readers..
jangan pernah ada rasa puas hati dengan amalan yang telah dilakukan, tapi senantiasalah merasa kurang dan malu dengan amalan yang tidak seberapa.
“Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
justeru, bagi mereka yang merasa hatinya sedang sakit sakit.. segeralah berubat..
sekian dulu coretan kali ini..
wassalam alaikum
4 comments:
JazakAllah brother ASyandi atas perkongsian..=)
alasan untuk di baitul muslim inn
sebab no3
ok boleh diterime
;)
jom join contest
weekend@sheffield klik klik
menang 50 pound di blog joegrimjow
tak menang pun boleh tolong pomot weekend@sheffield
;-)
woh...trimas andhi di atas peringatan ini.
cat : wa anta ka dzalik akhi.. =)
joe : haha.. sempat lagi nak pomote.. hehe.. :)
uncle : sama2.. slg ingatkan ya..
Post a Comment