hujan turun basahi bumi
biarkanlah
kerana rahmatNya bersama
mentari terik yang menghangatkan
biarkanlah
kerana sesekali dingin itu harus dileraikan
mencari pencipta
mentafsir kata
luahkan rasa
dambakan cinta yang sejati
frasa-frasa indah terilham
di kala menanti renyai hilang
lantas jiwa sepi itu hanyut
bersama titisan hujan
jiwa yang kering kontang
dahulu lemas dalam kejahilan
kini menanti kebasahan
jiwa kosong mencari isi
rindukan ayat-ayat cinta Tuhannya
menanti detik subur kembali
8 comments:
penat dah dengar kat sebelah ni
hehe
best andi :)
joe : jeles r tu.. ;p
syazwan : tq.;) semoga tidak kering lagi.
ni ilham selepas makan spageti + roti sambil tengok hujan =.=
tumpang simpati,kene chck weather forecast lps ni.
awcchh sangat sweet ilham ni !
saya sangat suke!
* sweet dengan Tuhan dan dengan alam~
hilman : tau2 aja..hehe.. =.=
thoriq : weather forecast pun xbleh percaye sgt.. apatahlagi kat UK ni.. tp xpe, langkah awal berjaga2.. at least boleh sediakan payung.. pepatah melayu yg sgt berguna.. ^.^
kak iman : huhu.. doakan spy boleh terus se'sweet' ini.. :)
andi guna akaun sopii.. (*.*)
Post a Comment