Jam di tangan kananku menunjukkan pukul 1:12am. Aku sedang mengupdate lagu di halaman blog ku. Stay up malam ni agak kurang produktif memandangkan setelah hampir 3 jam berada di IC aku baru menyiapkan 'Lab report'. sigh..
Sedang aku asyik mendengar lagu-lagu di dalam playlist ku, tiba-tiba
..
heyya, good luck for your exam.. (dia terus berlalu..)
seorang mamat salleh memberikan sebatang pen bertulis ' Your new lucky exam pen'.. berwarna merah. dakwatnya hitam.
Seronok bercampur pelik dan blur sekejap.. reaksi spontanku ketika mendapat pen 'ajaib' itu. (jangan khurafat eh andi!). Ku ingatkan dia memulangkan pen ku yang dikutip di atas lantai. baru saja aku ingin memulangkan pen itu dan memberitahunya..
sorry mate, but its not mine..
lantas kulihat dia berjalan terus ke arah orang-orang lain dan memberikan pen yang sama kepada setiap mereka. eh salah.. ada juga yang tak dapat..ku tersenyum. sambil menaikkan nada suaraku sedikit, ku katakan..
thanks..;)
kenapa tiba-tiba dapat pen ni?
mungkin remeh.. tidak perlu dipersoalkan. Lah, setakat dapat pen. bukannya 'magic' pun. tapi aku melihat ini sebagai suatu bentuk teguran supaya aku fokus kembali. (andi, study !)
ingat sekolah, ingat rumah,
tiket pulang sudah beli,
ingat homework, ingat exam,
study belum habis lagi..
baiklah, teruskan study.
coretan ringkas dari meja 1042 Information Commons, University of Sheffield..
4 comments:
Pen tu dia bagi kepada orang yang dok I.C tapi tak study.bukan dengar lagu ye.kekekekeke.
semoga pen itu terus berdakwat =)
heheh
gudluck ahn dee ='j
safuan : haha.. baiklah.. :)
hilman : amin.. ;)
Taha : jzkk.. ;)
Post a Comment