"Andi, belajar bagus-bagus ya nak.."
ayat ini selalu terngiang-ngiang di telingaku tatkala aku mengimbas kembali wajah seorang wanita yang telah melahirkan dan membesarkanku.
Ibuku suka berleter.. seperti kebanyakan ibu-ibu, hobi ibu adalah berleter.. Walaupun dia suka menafikan realiti itu, tapi sebagai anak, aku kenal ibuku.. Memang pelik bin ajaib kalau dalam sehari dia tak berleter.. sehingakan aku rindu pada lagu-lagu cinta ibu yang sudah melekat di telingaku..
Kuat merajuk.. itu aku.. biasalah, budak-budak kan.. tambah-tambah lagi anak bongsu.. memang itulah perangai aku.. tapi tabiat itu aku cuba buang sebab ibu tak kalah pada rajukku.. tapi dia akan biarkan sampai aku tenang baru dia cakap dengan aku. Selagi aku merajuk, selagi tu jugalah dia akan buat-buat tak tahu..
ratu airmata.. ibu yang kukenal adalah seorang yang kaya dengan air mata.. terutama sekali bila menceritakan masalahnya kepadaku.. salah satu daripada kelemahanku.. airmata ibuku.. buat aku lemas selagi air itu mengalir.. tapi kuharap aku lebih banyak buat ibu menitiskan airmata gembiranya kerana melihat kejayaanku.. insyaAllah..
gigih.. inilah salah satu karakter ibu yang buat aku kagum dengannya.. ibu yang berniaga buah-buahan di pasar malam seakan tidak pernah jemu untuk mengeluarkan keringatnya demi mencari sumber pendapatan buat kami sekeluarga.. terkadang ibu sakit.. demam, sakit kepala sebab tak cukup tidur.. tapi hanya dengan rehat yang sekejap dia akan terus bangkit untuk menyambung kerja-kerja sehariannya.. tidak sekadar berjualan buah, tapi tugah-tugas hariannya sebagai surirumah tangga tidak pernah dilepaskan begitu saja.. itulah ibu..
hari lahir.. salah satu perkara yang buat aku terkilan adalah sebab tak tahu tarikh sebenar hari lahir ibu.. ibu sendiri pun tak tahu.. maklumlah, ibu bukanlah dari kalangan yang keluarga yang berpendidikan tinggi.. ibu sendiri pun kahwin dengan ayah pada usia 17 tahun.. ibu tak sempat menamatkan pengajian menengah tinggi lalu terus dilamar oleh ayah.. apapun, aku anggap hari ibu adalah hari lahir ibu
dulu masa zaman sekolah.. satu rutin harianku sebelum ke sekolah adalah mencium kedua pipi dan dahi ibu.. meskipun ibu kadang-kadang masih nyenyak tidur.. sampailah aku tamat tingkatan lima.. itulah ritual harianku.. rindu nak buat sebelum pergi kelas.. :(
satu harapanku buat ibu kini adalah semoga ibu terus kuat menempuhi ujian hidup.. semoga ibu istiqamah dengan perubahannya.. semoga suatu hari nanti aku bisa lihat ibu memakai jilbab yang kupilih khas buat ibu..
terlalu banyak yang ingin kuceritakan tentang ibu..tapi cukuplah tu dulu..
ke hadapan mama tercinta,
Ma, andi minta maaf atas segala dosa andi sama mama selama ini ya.. terima kasih sebab lahirkan andi.. terima kasih sebab susukan andi.. terima kasih untuk semuanya.. Semoga Allah selalu merahmati mama.. semoga mama selalu sihat sepanjang ketiadaan andi di rumah..Andi tahu mama rindu.. andi tahu mama rindu andi urutkan bila mama penat dari jualan buah.. mama rajin-rajin makan ubat ya..
maaf sebab kebelakangan ni jarang telefon mama.. bukan ndak mau telefon tapi sibuk exam bha ma..
ma doakan andi ya..
Ma tau ka harini hari apa? mesti ndak tau kan?.. ndak apalah.. apa-apapun, Selamat hari ibu, ma! Sayang ma!
p/s : entri anak bongsu mama..
3 comments:
sayu.like this andi
semoga ibu andi terus kuat.blaja baik2,jgn hampakan ibu :)
yep, belajar bebaik andi! :)
moga jadi anak soleh =)
Post a Comment