Apr 12, 2010

Spring Break is Over Now


Salam Alaikum Readers...

Alhamdulillah..

Hari yang panjang di penghujung minggu sudah berlalu. jam di tangan kananku menunjukkan 12:08 am menandakan hari baru sudah bermula. Hari Isnin sudah tiba, maknanya cuti musim bunga sudah berakhir untuk para Sheffielders.

Sedih, Gusar, Risau, Bimbang dan yang sama waktu dengannya, mula bermain-main di benak. Hanya tinggal beberapa jam sebelum Lecture pertama bermula secara rasminya. sigh..

Sheffielder akan kembali sibuk dengan manusia-manusia yang akan membuat assignment, menyiapkan lab report dan yang seirama dengannya setelah Spring Break selama 3 minggu dilalui dengan bermacam-macam aktiviti. Ada yang mengembara ke Eropah, Scotland, Dublin dan tidak kurang juga yang mengisi waktu cuti dengan bermain bowling dan menonton wayang di destinasi kesukaan ramai, Valley Centertainment.



Hari ini aku mulakan langkah untuk refresh kembali apa yang telah kupelajari sepanjang semester 2 bermula. Information Commons menjadi pilihan venue untuk aku study sepertimana rakan-rakan yang belajar course-course lain yang rata-rata dalam kalangan mereka masih memiliki kerja rumah a.k.a assignment untuk disiapkan.

Suasana IC membuatkan aku turut bersemangat. Alhamdulillah, seronok study hari ini.

Sampai ke rumah, aku terus mencapai lappy kesayangan ku dengan niat untuk ber'facebook' sekejap sebab hampir seharian tidak dijenguk. Aku buka notifikasi di laman facebook ku. Subhanallah, seseorang menghadiahi aku dengan lagu yang sangat menyayat hatiku. Terima kasih saudaraku Hilman.

Hilman, teman seperjuangan, teman serumah sejak di INTEC sehingga ke Sheffield, dan banyak lagi kisah yang kami kongsi. Alhamdulillah, betapa aku bersyukur mengenal saudaraku ini. Meskipun perwatakan dan latar belakang kami jauh berbeza, namun Allah menentukan kami untuk bertemu dan bersaudara. Subhanallah.

Mataku sudah mulai keberatan untuk membuka kelopaknya sedang badanku sudah mulai tergoda dengan panggilan katil empuk bersaiz double-bed. Ooo, nikmatnya dunia. Teringat aku pada firman Allah :


Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (15)Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (16) Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (17)
[as-Sajdah 32 : 15-17]

Baiklah readers. Rasanya coretan buat kali ini sudah sampai ke penghujungnya, sampai ketemu di coretan yang seterusnya, InsyaAllah.


Sekian

Wallahu a'lam

Wassalam




2 comments:

HiLMaN said...

Hari baru. Cuti dah habis. Kelas memanjang la satu hari

muhammadthoriq said...

peringatan yg sgt berguna buat diri ini yg slalu alpa & lalai.
terbaek la hilman,lagu tu sgt best!
:D

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )