Mahuku merah
Kau pilih biru
Fikirku cerah
Kau buat gelap
Inginku jaya
Kau beri gagal
aku berusaha sekuat hatiku
dalam medan pencarian ilmu
tapi kefahaman bukan milikku
aku berusaha untuk yang terbaik
buat masa depanku
tapi kejayaan bukan milikku
aku berusaha mengajak mereka ke arahMu
ke arah jalan yang Kau redhai
jalan lurus itu
tapi kau juga yang menentukan
siapa yang Kau pilih
kerana hidayah milikMu
kami berusaha keras untuk itu
Kau yang memberi peluang
Kau yang menentukan
petunjuk Kau kurniakan
mahuMu segolongan
barisan yang teratur
lalu Kau pilih sebahagian
dari keseluruhan yang Kau ciptakan
seindah bunga-bunga di taman
hanya sebahagian yang dipetik
oleh tangan-tangan yang mengagumi
kecantikan bunga-bunga idaman
Kau yang memegang hati
Kau yang menetapkan hati
Sekuat manapun iman
pasti akan goyah
dek hakikat seorang insan ciptaan
lemah dan pelupa
Doa
itulah senjata
juga saluran meminta
sandaran kepada Pencipta
agar dipilih dan dijaga
agar ditetapkan hati-hati yang terbolak balik
agar diberi kesabaran dan kekuatan iman
demi kelanjutan langkah
dalam perjuangan menuju redha Tuhan
Apapun pilihanMu
redhaku wajib bersama
kerana Kau perancang terbaik
dan Kau lebih tahu
Kau Maha Tahu
sedang kami tidak tahu
3 comments:
terharu bila bc setiap bait nukilan andi..teruskan usaha anda!!
nice one!
thanx ya akhi for my reminder...:)
insyaAllah..terima kasih t-mah
terima kasih kembali wahai akhi thoriq. :)
Post a Comment