This is just a short written idea about me, my feeling, my thought, my study, my friend..
Jan 30, 2010
khas buat kamu
Salam alaikum readers..
entri kali ini khas ditujukan buat saudaraku yang dikasihi Mas Afzal Masaruddin
Namanya siapa?
Mas Afzal...
ayat ini mungkin bukanlah dialog pertama kita saat pertemuan kita pertama kali..
Namun entah mengapa ayat ini sering mengingatkan aku kepadamu..
seorang hamba Allah..
seorang abang..
saudara seagamaku..
Melihatmu tenang
jiwaku tenteram
Melihatmu senyum
hariku ceria
Melihatmu kuat
membuatku gagah
Namun..
Melihatmu resah
aku gelisah
Melihatmu sedih
aku juga berduka
Melihatmu lemah
membuatku rebah
kerana kamu sumber kekuatanku
takdir Allah mempertemukanku denganmu
kuharap bisa lama..
tapi mahuNya sebentar cuma..
Aku pasrah..
kerana kamu juga redha..
perpisahan itu memang menyedihkan
memilukan..
hingga airmata menitis tanpa sedar
Namun sebagai hambaNya
aku percaya perpisahan ini
suatu tanda bahwa kita akan bertemu lagi
tentu saja dengan izinNya
kalau bukan di bumi Malaysia
maka di syurga insyaAllah..
Mereka fikir jalanmu penuh derita
sakit dan sengsara..
Bagiku mereka salah
kerana inilah 'primrose path' buat kamu
biarpun zahirnya karpet merah tidak kelihatan
tapi ia sebenarnya sedang terbentang di hadapanmu
maka..
hapuslah airmatamu..
hiasilah wajahmu dengan senyuman paling mesra
kerana aku tahu..
kamu kuat
dan aku yakin kamu bisa..
seperti selalunya kamu
Perjuanganmu belum selesai
hanya medan perangnya berubah
maka..
teruskan langkahmu
kuatkan tekad dan semangatmu..
Wahai saudaraku!
Mas Afzal Masaruddin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
nice
like this
thanks,. oh ya..
Mas kirim salam kat semuanya.
jzkk andi kerana berkongsi sajak ni..
tersentuh kami..
akak minta copy ye~
jzkk andi kerana berkongsi sajak ini..tersentuh kami..
akak minta copy ye..
andi...post ini sgt sedey~
dala music sedey..huhu...but..i love dis...
kita solat dulu yok...
menitis air mata baca entry ni..
nice words...
Kak eicha : sile2..
Mira : semoga bermanfaat..
Kak eli : tq.
Abg aji : yuk!
Post a Comment