Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Salam.. readers..
Subhanallah.. Maha Suci Allah atas segala ciptaanNya..
sesuai dgn tajuk post kali ini, Sheffield diputihi lagi dek snow yg mula turun beberapa hari yg lalu dan kini mulai lebat dan kian memenuhi daerah yg terbina dari tujuh bukit ini..
Ketika diri ini mulai memerhati butiran2 putih jatuh, hati ini seakan2 terbawa bersama jatuhan salji.. dan diri ini mulai mengenang kembali apa yg telah dilakukan sepanjang cuti winter ini..
Perhimpunan Musim Sejuk di Loch lomond, Scotland..
satu lagi momenta indah dalam hidupku..
bermula dari perjalanan menuju ke destinasi sehinggalah ke perjalanan pulang semula dari London ke Sheffield..
bertemu dgn sahabat2 yg sudah lama tidak ketemu..
berkenalan dgn sahabat2 baru pertama kali ketemu..
namun rasa kedekataan itu ada walaupun baru pertama kali berjumpa..
Subahanallah, indah sungguh ukhuwwah ini..
seakan diri ini tak ingin moment itu berakhir..
tapi realitinya tidak seperti yg diharapkan..
kerana itulah lumrah hidup..setiap pertemuan akan berakhir dgn perpisahan..
diri ini hanya mampu berharap dan memohon kepadaNya agar ukhuwwah yg terjalin keranaNya ini akan selalu disuburi dgn kasih sayang dan saling mendoakan agar bersama2 mendapat rahmatNya..
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ” متفق عليه
Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda ” Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :-
Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]
Snow fight
antara event yg hanya boleh dilakukan ketika musim salji..
terutamanya apabila salji mula menebal..
walaupun dingin sekali, tapi semangat ingin berperang itu sungguh tinggi..
biarpun sudah jatuh.. namun, bangkit kembali teruskan perang putih..
bak kata teman2, Perang takkan berakhir selagi snow masih ada..
apa yg diri ini cuba sampaikan kali ini bukanlah sekadar cerita ringkas tentang kisah di Loch lomond mahupun snow fight..
tapi sekadar in ingin meng'highlight'kan point tentang betapa hebatnya kuasa Allah dlm memegang hati2 manusia.. kerana itulah rasa sayang, marah, benci dan cinta lahir dalam diri kita.. tak dapat disentuh tapi boleh dirasa.. walaupun kita baru bertemu cuma seketika tapi ikatan yg terbina itu kuat sekali..
juga tidak lupa, bagaimana Allah sebenarnya menjadikan setiap sesuatu itu tanpa sia2.. ada sebab bagi setiap penciptaan.. ada sebab bagi setiap yg berlaku.. dari situlah seharusnya kita mula melihat kebesaranNya melalui mata hati kita.. dan situlah kita harus berusaha untuk mengenal Dia.. mengenal Allah melaui ciptaan2Nya..
وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن رِّزۡقٍ۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِہَا وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَـٰحِ ءَايَـٰتٌ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَعۡقِلُونَ (٥)
dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi kaum yang berakal. (5)
(Al-Jathiya 45:5)
renung2kan dan fikirkanlah..
sekian dulu coretan buat kali ini..
salam ukhuwwah buat semuanya..
3 comments:
Alhamdulillah..semoga ALLAH sentiasa memberkatimu,memudahkan segala perjalanan hidupmu,moga sentiasa dalam perlindungan ALLAH setiap masa..ukhuwah itu indah dan akan sentiasa harum mewangi dan akan berkekalan selamanya selagi ianya benar kerana ALLAH s.w.t..InsyaALLAH..
Insyaallah brother =)
joegrimjow
not joegrimjoe
hehe
jom main snowboard petang ni!!!
Post a Comment