Jan 22, 2010

buat dua insan yang tercinta

Salam readers..

it has been more than a week this blog remain silent without new entry..
the writer has been very busy with exams and so on..

anyway, entri kali ini ditujukan khas buat insan yang bergelar ibu dan ayah..
juga buat mereka yang bergelar 'anak'..
hati ini tersentuh seketika bila membaca salah satu entri akhbar kosmo! ini..

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak


SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rum
ah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.





kisah ini membuatkan diri teringat akan ayat dalam kitab suci..

لَّا تَجۡعَلۡ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ فَتَقۡعُدَ مَذۡمُومً۬ا مَّخۡذُولاً۬ (٢٢) ۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا (٢٣)


(22) Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
(23) Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka b
erdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".



ayat ini menyeru kita berbuat baik kepada ibu bapa dan menjaga mereka apabila sudah berusia.. Allah juga melarang kita dari mengucapkan kata-kata yang tidak baik sekalipun hanya 'ah'... tapi.. rasanya, sidah berulang kali keluar dari mulut ini.. malah kadang-kadang lebih teruk lagi..
betapa berdosanya diri ini kepadamu wahai ibu.. insan yang telah melahirkanku.. wahai ayah, insan yang telah bersusah payah mencari rezeki demi membesarkanku..
Maka dengan itu, hormatilah dan sayangilah ibu dan ayah kalian.. hargailah mereka selagi mereka masih ada di sisi.. kerana ada di kalangan kita yang sudah tidak memiliki salah satu atau kedua-duanya..



aku dan mereka yg kusayang



sekian dulu entri kali ini..
sampai ketemu di post seterusnya..




wassalamualaikum..

2 comments:

Anonymous said...

bg mereka yg masih mempunyai ibu n ayah, hargailah mereka selagi mereka masih ada...jika tidak, sedekahkanlah surah yassin..=) ayah dan ibu permulaan kite sume~
mclin=)

MaRyaM said...

andi..
im touched with the last video..
thanks dear friend..
ptt la mcm pnh dgr lagu 2..
ANAK..XD

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )