May 8, 2011

Pagi Hari Ibu

Hampir berkurun ku tinggalkan ruangan nukilan tanpa kata.

tiba-tiba mood' untuk bermadah menjelma. mungkin kerana hati yang akhir-akhir ini rindu basah. rindu pada cinta Dia. rindu pada orang-orang yang dicintai keranaNya. 

Hari ini hari istimewa buat seseorang yang amat bererti dalam hidupku. airmata jatuh tak tertahankan saat mengenang hari ini. soalnya, adakah hanya hari ini aku rindu dia? sungguh tidak. Aku bahkan setiap saat merinduinya. insan yang menyambut tangisanku dengan kecupan hampir 21 tahun yg lalu. dia, yang kemudian tak pernah jemu melayan kerenahku.

Allah.. aku sayang dia..
semoga dia selalu dalam rahmatMu. tidak ingin aku kehilangan dia saat aku masih belum membuahkan hasrat hatinya dan impiannya. Namun, segala ketentuaMu wajib ku terima seikhlas hatiku.

Singkap kembali setahun lalu ketika hari yang sama tiba, Hari istimewa buat insan yang terlalu istimewa di hatiku. 

Begitu banyak perubahan yg berlaku sepanjang setahun itu. Wajah cantikmu kini kian berseri ketika hijab mu menutupi rambut hitammu. Allah.. semakin kau ingin mendekatiNya. 

Kerana kau selalu bilang kau tidak tahu hari lahir mu bila, maka ku anggap setiap hari ibu adalah hari lahir mu. 

Justeru, dengan penuh rasa rindu, cinta dan kasih sayang, ku ucapkan seikhlas hati.. 

Selamat Hari Ibu.. buat mama yang tersayang..
mama

kurindukan kecupanmu dan peluang utk mengecup tangan, kedua pipi dan dahimu.. sperti yang selalu ku lakukan dulu.. setiap pagi sebelum ku langkahkan kakiku ke sekolah..

Sabarlah menanti kepulanganku setahun lagi.. sampai ketemu.. Andi sayang mama.. :):);)
dan itu takkan pernah berubah insyaAllah.. sampai ke akhirnya..

Sekian dulu coretan kali ini.

Wassalam wbt

No comments:

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )