Oct 29, 2010

Kadang-kadang, ketika hujan turun


Kadang-kadang,
ketika hujan turun
tangisan turut jatuh
terharu
atas nikmat yang diberi
bukan sekali itu

pernah juga tangisan menitis
nadanya resah, insaf
membasahi alis nipis
mengenang dosa lalu,
masa silam yang kelam

lalu hikmah dicari
atas setiap yang berlaku
kerana Allah Maha Tahu
sedang hambaNya tidak tahu

Namun,
di sebalik yang melankoli
masih punya elemen ceria
membawa khabar gembira
mengenang kisah indah
bersama yang dicintai
juga yang mencintai keranaNya

Meski bukan selalu
namun pernah terjadi
kadang-kadang
ketika hujan turun




No comments:

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )