Oct 11, 2010

Hati yang tenang itu

Hati yang tenang itu
jernih, bersih, suci
tanpa rasa dendam
tiada rasa benci

Hati yang tenang itu
bukan kerana harta berlimpah
bukan kerana banyaknya uang
bukan kerana mewahnya rumah
kutegaskan, bukan!

Hati yang tenang itu
sentiasa ingat Tuhannya
bibir dibasahi ucapan zikir
seketika dia alpa
lalu ampunan dia pinta

Hati yang tenang itu
terpancar pada senyumnya
keyakinan pada langkahnya
kebenaran pada kata-katanya
keteguhan iman dalam perjuangannya

Hati yang tenang itu
impian semua hambaNya
kerana Dia
membolak balikkan hati
Dia jugalah yang menetapkan
ketika benci datang, Dia lahirkan kasih sayang

Wahai hati yang ingin tenang
mohonlah pada Dia...

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )