Jun 20, 2010

Journey back home

Salam readers..

Sudah terlalu lama rasanya blog ini menyepi tanpa sebarang entri. Alasan biasa, sibuk. Mulanya ada exam, kemudian sibuk buat persiapan nak balik rumah. Sekarang ni pun tak sampai rumah lagi. Penulis sedang menunggu penerbangan ke Kota Kinabalu, ada lebih kurang 10 jam lagi. Tak sabar rasanya nak bertemu mama, bapa, dan semuanya.

Cukup dengan pendahuluan (macam buat karangan lah pula kan)..

Entri kali ini sekadar ingin menyentuh tentang pengalaman penulis sepanjang penerbangan ke KLIA dari Birmingham International Airport. Begitu banyak peritiwa menarik sepanjang penerbangan bermula dengan check in di Birm transit di Dubai sampailah saat ketibaan di KLIA.

Hand Luggage only 7 kg
Quotes ini akan membuatku tertawa seorang kerana quotes ini mengingatkanku kepada salah seorang temanku yang turut terbang pulang bersamaku ke tanah air. Hand luggage nya seberat 15 kg ketika kali pertama dia meletakkan begnya di bahagian penimbang. Temanku yang tadinya macho itu terus gelabah lantas mengeluarkan hampir keseluruhan isi hand luggage nya dan memindahkannya ke cargo luggage. Kegelabahannya membuatkan pegawai-pegawai di kaunter check in tertawa kelucuan.


Jaga Paspot baik-baik
Ini pula kisah ketika transit di Dubai. Kali ini pemain utama adalah sahabatku lain pula. Mujur saja dia menyedari keciciran paspot ketika baru sahaja sampai di bandara Dubai. Transit di Dubai yang memakan masa selama 3 jam banyak dihabiskan dengan berlari ke sana sini untuk melaporkan masalah yang dihadapinya. Masalah terlerai apabila pegawai di kaunter check in menghubungi pegawai lain untuk memeriksa sebarang barang yang dijumpai dan alhamdulillah, paspot sahabatku berjaya ditemukan.

Perbaiki mesin yang rosak
Bahagian ini pula melibatkan saat kami tiba di KLIA spesifiknya ketika kami ingin meng'scan' paspot di mesin daftar keluar paspot. Kami terpaksa beratur lebih lama daripada orang lain kerana mesin meng'scan' paspot yang kami gunakan agak 'sakit'. Mesin itu mengambil masa 20 saat untuk meng'scan' paspot sementara mesin-mesin lain hanya memerlukan 10 saat. Penat kami menunggu giliran untuk meng'scan' paspot. Jadi, saranan kami kepada pihak yang berkenaan agar membaiki mesin tersebut kerana kalau tidak akan lebih ramai lagi 'mangsa' yang lewat disebabkan kelembapan mesin tersebut



Pengalaman kali sangat menarik dan banyak juga pengajaran yang diperoleh. Benarlah, jauh perjalanan luas pemandangan. Sebelum terlupa, ingin penulis memuji servis yang disediakan oleh pihak Emirates yang digunakan oleh penulis dan kawan-kawan untuk penerbangan pulang ke tanah air kali ini. Makanan sedap dan  mengenyangkan. Movie best. Temoat duduk dan tandas selesa. Berbaloilah untuk harga tiket yang agak mahal.

Namun begitu, musafir penulis belum berakhir kerana penulis belum sampai ke rumah dan bertemu kedua orang tua tersayang. Mudah-mudahan penulis akan selamat sampai ke kampung halaman. Doakan ya..


Suka untuk penulis memetik sepotong ayat al-Quran :
Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur. (22)
(Surah Yunus  10 : 22 )


Sama-sama kita renungkan dan ambil pengajaran daripada ayat tersebut. 


Sekian dulu entri kali ini. Wallahu a'lam


Wassalam wbt~

2 comments:

Anonymous said...

Selamat ya Andi..Hidup ini penuh dengan permusafiran dalam mencari diri di celah2 noda yang dicipta manusia itu sendiri..

Ya Muqallibal Qulub, thabbit quluubana a'la dinik

Anonymous said...

salam andy,
slmt pulang bercuti..
maksimumkan masa berbakti pada keluarga. slmt bekerja dari sana :)

-miji-

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )