Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hati agak terasa sunyi semenjak ramadhan mula berkunjung beberapa hari yg lalu. Ku cuba mempersiapkan diri menghadapi ujian 2 minggu lagi. Lalu aku terkenangkan mama yg kian ku rindui. Aku terkenangkan papa dan juga abang ku. Entah kenapa, sejak bebrapa detik tadi aku hanya ingin menangis mengenang mama, papa dan abang.
Lalu ku sentuh skrin iphone untuk menelefon mama. Subhanallah, seusai memberi salam dan bertanya khabar, mama terus menceritakan kepadaku bahawa dia baru saja melihat seorang remaja lelaki yg memiliki susuk seakan aku dan air mata mama mula bergenang. Lalu kuceritakan pula beberpa minit yg lalu seusai dhuha aku asyik terimbas wajah mama. Dan dalam detik itu aku dan mama mulai menangis beberapa minit. Dialog hati yg menyingkap betapa kami begitu erat dan saling merindui.
Ku berikan tajuk post kali 'hidayah dan hikmah' kerana aku sungguh tidak mampu menahan tangisan syukur setelah mendengar abang sudah mula menegakkan tiang agama. Bak kata mama, si nakal itu sudah berubah. Abang yg kini sudah bergelar suami dan bapa, semakin matang dan bekerja keras demi keluarga kecilnya.
Allah, Kau berika aku sedikit kegagalan dalam ujian ku di universiti. Namun, Kau berika aku anugerah yg sudah lama ku nanti.
Subhanallah Walhamdulillah. Sungguh aku serahkan segalanya padaMu. Aku hanya melakukan semampuku atas izinMu. Dan Engkau jualah yg menentukan kehendakMu.
Teringat daku pada Doa Nabi Ibrahim yg diajarkan kepadaku oleh sahabat ku :
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Surah Ibrahim : 40)
Kuharap agar abangku ditetapkan hatinya untuk mendekati Dia. InsyaAllah.
Sekian dulu coretan kali ini. Semoga bermanfaat buat yg membaca. Semoga urusan dipermudahkan oleh Allah.
Asyandi,
Information Commons (IC)
1 comment:
Allahu akhbar...hidayah milik smua..:)
Post a Comment