Nov 17, 2009

Demam..

Salam..

Sakit semalam menyembuhkanku..
bagaimana mungkin?
biarlah luahan yang bercerita..

Subhanallah.. Maha Suci Allah..
badan yg mengalami demam semalaman memberikan peringatan dan InsyaAllah sedikit penawar buat jiwa yg telah lama sakit..
apalah kiranya sakit ini kalau dibandingkan dengan ujian penderitaan duniawi yg dialami saudara Islam-ku di Palestina, Iraq, Afghanistan, Thailand, dan sebut sahaja di mana lagi..
Sakit ini membuat diri hina ini sedar akan nikmat sihat yg selama ini telah banyak disalahgunakan buat perkara2 yg tidak bermanfaat..



And when I sicken, then He healeth me (80)

Dan apabila aku sakit, Dia-lah yang menyembuhkanku (80)

As-Syua'ra (26 : 80)



Astaghfirullah..
semoga itu bisa manjadi peringatan ketika alpa,
penawar ketika hiba,
periang ketika duka,
pemanis buat cuka,
pengubat jiwa yang lara..

dan berdoalah..
Ya Allah, ampunilah segala dosa yg pernah diri ini lakukan,
sengaja mahupun tidak..
kerana sesungguhnya hamba insan biasa..
yg selalu leka.. dengan nikmat duniawi..
yg sering lupa.. akan balasan ukhrawi..

dan yakinlah..
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..






No comments:

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )