Lama tanpa nukilan
Terlalu banyak kisah yang berlaku sepanjang periode 'rehat' dari nukilan alam maya
Ada kisah indah buat hati berbunga-bunga
Juga episode sedih, kecewa berselit elemen sesal
Kerana lumrah aku manusia
Lemah, hakikat kejadianku begitu
Aku mencari ruang segenap itu
tempatkan diriku di celahan
biar sempit namun terasa luas
Sendiri, antara rasa dan hakikat
juga takdir hujung
Sendiri, walau ramai sekali
buatku takut melangkah
bertingkah juga ku tidak bisa
gagap semua yang aku petah
Bawa diri jauh dari ramai
seketika ku bawa hati menyendiri
refleksi segala silam yang takkan terputar kembali
hingga saat dihitung kanan dan kiri
Aku insafi khilafnya diri
terkadang sesat, alpa
dibuai arus dunia
dijangkiti wahan akhir zaman
Meski mulut terkumat kamit
memohon segala yang indah
untuk yang fana, juga yang abadi
Meski nadi terus bergerak ikut perintah
aliran cairan merah masih berkadaran fitrah
Apa sudah hilang manisnya
pada ibadah?
Wahai Sang Penciptaku,
ampuni diri ini, kembali kepada Mu
tanpa hijab yang menghalangi
tanpa calitan noda, cinta yang suci
This is just a short written idea about me, my feeling, my thought, my study, my friend..
Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts
Jan 11, 2012
Nov 23, 2011
Kerendahan hati
Kalau engkau tak mampu menjadi beringin
yang tegak di puncak bukit
Jadilah belukar,
tetapi belukar yang baik
yang tumbuh di tepi danau
Kalau kamu tak sanggup menjadi belukar
Jadilah saja rumput,
tetapi rumput yang memperkuat tanggul pinggiran jalan
Kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya
Jadilah saja jalan kecil
tetapi jalan setapak yang membawa orang ke mata air
Tidaklah semua menjadi kapten
tentu harus ada awak kapalnya
Bukan besar kecilnya tugas
yang menjadikan tinggi rendahnya nilai dirimu
Tiada yang dimuliakan dalam hiduo ini oleh Allah
melainkan kerana akhlaknya dan ketaatan kepadaNya
Karya : Taufik Ismail
Wallahu a'lam
yang tegak di puncak bukit
Jadilah belukar,
tetapi belukar yang baik
yang tumbuh di tepi danau
Kalau kamu tak sanggup menjadi belukar
Jadilah saja rumput,
tetapi rumput yang memperkuat tanggul pinggiran jalan
Kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya
Jadilah saja jalan kecil
tetapi jalan setapak yang membawa orang ke mata air
Tidaklah semua menjadi kapten
tentu harus ada awak kapalnya
Bukan besar kecilnya tugas
yang menjadikan tinggi rendahnya nilai dirimu
Tiada yang dimuliakan dalam hiduo ini oleh Allah
melainkan kerana akhlaknya dan ketaatan kepadaNya
Karya : Taufik Ismail
Wallahu a'lam
Oct 11, 2010
Hati yang tenang itu
Hati yang tenang itu
jernih, bersih, suci
tanpa rasa dendam
tiada rasa benci
Hati yang tenang itu
bukan kerana harta berlimpah
bukan kerana banyaknya uang
bukan kerana mewahnya rumah
kutegaskan, bukan!
Hati yang tenang itu
sentiasa ingat Tuhannya
bibir dibasahi ucapan zikir
seketika dia alpa
lalu ampunan dia pinta
Hati yang tenang itu
terpancar pada senyumnya
keyakinan pada langkahnya
kebenaran pada kata-katanya
keteguhan iman dalam perjuangannya
Hati yang tenang itu
impian semua hambaNya
kerana Dia
membolak balikkan hati
Dia jugalah yang menetapkan
ketika benci datang, Dia lahirkan kasih sayang
Wahai hati yang ingin tenang
mohonlah pada Dia...
jernih, bersih, suci
tanpa rasa dendam
tiada rasa benci
Hati yang tenang itu
bukan kerana harta berlimpah
bukan kerana banyaknya uang
bukan kerana mewahnya rumah
kutegaskan, bukan!
Hati yang tenang itu
sentiasa ingat Tuhannya
bibir dibasahi ucapan zikir
seketika dia alpa
lalu ampunan dia pinta
Hati yang tenang itu
terpancar pada senyumnya
keyakinan pada langkahnya
kebenaran pada kata-katanya
keteguhan iman dalam perjuangannya
Hati yang tenang itu
impian semua hambaNya
kerana Dia
membolak balikkan hati
Dia jugalah yang menetapkan
ketika benci datang, Dia lahirkan kasih sayang
Wahai hati yang ingin tenang
mohonlah pada Dia...
May 24, 2010
sudikah maaf ini diterima?
Dingin malam di Information commons kian kurasa sedangkan sekarang musim panas sudah tiba.. Ku rehatkan mindaku dari ketepuan nota-nota kimia dan keserabutan past years.. lalu ku log in ke laman buku muka ku sambil mendengarkan lagu-lagu instrumental di laman blog ku.. ilham mulai datang tatkala menjengah laman buku muka yang penuh dengan kata 'maaf'..
Tiada banyak yang ingin kusampaikan dalam entri kali ini.. sekadar terlintas untuk mengarang sesuatu.. kerana aku kurang gemar menulis panjang.. maka kuringkaskan entri kali ini dalam rangkap-rangkap luahan hati....
Ku lihat ke luar jendela,
langit gelap berselit cahaya kecil lampu jalanan,
kutanya diri,
mampukah aku hidupkan lilin,
tatkala kegelapan menyelimuti,
sedang aku sering mengutuk kegelapan,
tanpa usaha mencetus solusi
mampukah aku menelan semula,
air liur yang sudah ku ludahkan,
sudah terlalu banyak kata terluah,
mungkin sebanyak itu juga hati terluka..
mampukah aku bersihkan,
hati kotor tercalit noda di sana sini,
sudah terlalu banyak bertingkah,
dan banyak juga yang tersakiti..
jiwa lemah dan rapuh,
seringkali kalah pada nafsu,
segalanya teruburu-buru,
kini jiwa itu mula sedar sesuatu,
akan jiwa lain yang teraniaya kerananya,
jiwa resah yang ingin tenang,
hauskan isi kemaafan dan keampunan,
maaf dari kamu, dia, dan mereka,
ampunan dari Yang Maha Pengampun,
mengharapkan kesudahan yang indah,
buat jiwa ini,
buat kamu, dia dan mereka,
ikhlas kumohon,
sudikah maaf ini diterima?
Wassalam
May 1, 2010
suara-suara
bising, bingit
buat telingaku sakit
tidak senang kudengar
suara-suara itu
tenang, nyaman
menusuk ke kalbu
buat aku selalu rindu
terbuai syahdu
tenangkan sang gelisah
suara-suara itu
sebak, sendu
mengundang airmata jatuh
menelusuri ira wajah
muram seketika
suara-suara itu
tegas, keras
menegur silap
mencantas khilaf
perbaiki sikap
suara-suara itu
berlaungan, berkumandang
penuh harapan
menyeru ibadah
menyeru kejayaan
cari keredhaan Tuhan
Feb 20, 2010
Maaf
Salam..
entri kali ini ditujukan buat semua yang mengenali diri ini
kalau aku pernah sakiti kamu
sakiti hatimu
dengan kata-kata
atau perilaku
Maaf
sekiranya aku tidak seperti itu
seperti yang kamu harapkan
kerana aku adalah aku
seadanya aku
yang penuh kekurangan dan kelemahan
Maaf
andai aku menjengkelkanmu
dengan gaya dan tingkah laku ku
aku memang begini
tidak mampu bersembunyi
dari diri sebenarku
Maaf
kalau aku menyusahkan mu
menjadi beban buatmu
mengganggu hari-hari mu
sedang aku tahu
kamu sendiri sedang buntu
ketahuilah,
aku cuma ingin menjalin ukhuwwah denganmu
demi redha-Nya
Maaf
sekiranya aku membisu
tidak membalas kata-katamu
tidak mesra seperti selalunya
kerana sungguh aku tidak mampu
berlakon di hadapanmu
Bilang saja aku emosional
terlalu mudah terasa
jiwang
seperti putus cinta
atau apa saja
terserah kamu
Kecewa
mungkin itu yang mengisi hati kecilku
dengan sikap kamu
terhadapku kamu dingin
tiada senyuman ketika melihatku
membuat aku hampa
kecewa
Astaghfirullah
sungguh aku salah
kepada Dia
kerana meletakkan harapan di bahumu
sedang Dia sudah bilang
kalau aku bisa saja kecewa
bilamana melakukan itu
Sungguh..
hanya Dia sebaik-baik tempat
untuk ku sandarkan harapanku..
sekali lagi
satu kata
MAAF
ikhlas dari diri ini
wahai saudaraku..
Feb 3, 2010
Ubat Hati
salam readers..
untuk entri kali ini, sekadar ingin berkongsi sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang sudah tahu..
tapi tidak kurang juga angka mereka yang tidak tahu..
tapi at least lebih baik daripada yang tahu tapi tidak melaksanakan..
tersentap seketika..
tiba-tiba teringat frasa ini..
beriman, berilmu, dan beramal..
tapi..
iman tanpa ilmu..pincang
ilmu tanpa iman.. sesat
kalau ilmu tanpa amal, bukankah sia-sia..?
renungkanlah..
baiklah, back to the topic..
ubat hati itu ada 5.. iaitulah :
- membaca al-Qur'an dan maknanya
diri ini turut tidak terkecuali.
jadi, marilah berubah.. kita baca al-Qur'an walaupun tak merdu mana, tapi yang penting kita berusaha memahami isi dan maknanya.
- mendirikan solat malam
memulakan itu adalah sesuatu yang susah tapi mengekalkan yakni untuk istiqamah itu lebih payah.. sebab itulah sekiranya kita mampu menjaga solat malam kita, insyaAllah kita akan merasakan kekuatan dalaman yang sungguh luar biasa.. kerana pada waktu inilah biasanya masa untuk kita 'beruzlah' dengan Allah.. berdua-duaan denganNya..
- berkumpul dgn orang2 soleh
menegur apabila salah, menasihati apabila perlu dan mengajak kita kepada kebaikan dan kebajikan..
- perbanyakkan berpuasa
mari sama-sama kita amalkan puasa pada hari Isnin dan Khamis.. seterusnya, puasa pada hari2 yang disunatkan berpuasa..
- panjangkan dzikir malam
dzikir.. mengingati Allah.. seharusnya dilakukan setiap masa.. cuma pada malam sebaiknya diperpanjangkan.. kerana ibadat pada waktu malam sebenarnya lebih kuat kesannya kepada spiritual kita..
selebihnya, berdoalah semoga Allah mencukupi..
firman Allah :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6) (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7) Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8)
(Al -Muzzammil, 73 : 1-8)
(Al -Muzzammil, 73 : 1-8)
readers..
jangan pernah ada rasa puas hati dengan amalan yang telah dilakukan, tapi senantiasalah merasa kurang dan malu dengan amalan yang tidak seberapa.
“Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
justeru, bagi mereka yang merasa hatinya sedang sakit sakit.. segeralah berubat..
sekian dulu coretan kali ini..
wassalam alaikum
Feb 11, 2009
Hows ur heart (part II)
Apa khabar hatimu??
~Nukilan bermula..~
Hati ini sedang sakit rasanya..
ada kalanya sakit sekali..
tak terhingga..hanya Allah yang Maha Tahu..
usaha dibuat tuk mncari penawar..
tak dinafikan.. banyak halangan mencari penawar..
namun, itu bukan alasan utk b'putus asa..
kerana bagiku, Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya..
selagi mampu berusahalah wahai manusia..
lalu berdoalah kamu setelah berusaha bersungguh2..
tawakal pada yang Satu..
Hanya ingin berkongsi persepsi diri ini..
Juga sebagai peringatan bersama..
Temanku dan juga saudara2ku,
kalau berjaya mendapat apa yang diinginkan, maka bersyukurlah..
namun sebaliknya, kalau tidak seperti yang diharapkan, maka brsabarlah..
anggap saja masanya belum tiba atau mungkin Allah sedang menyiapkan sesuatu yang lebih hebat drpd yg diharapkan..
Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui
Dan jgn lupa, bersyukurlah juga kerana Allah sedang menguji kita..
kita telah dipilih untuk diuji..
Sesungguhnya, Allah sayang hambaNya yang bersabar menghadapi segala ujian..
deraian air mata tidak perlu berterusan hanya kerana kesedihan sebaliknya menangislah dalam kegembiraan..
kerana kejayaan sebenarnya satu ujian yang berat.. ujian bagi hati..
justeru, beringat2lah ketika berjaya mendapatkan apa yang dihajatkan..
Dan jgn lupa, bersyukurlah juga kerana Allah sedang menguji kita..
kita telah dipilih untuk diuji..
Sesungguhnya, Allah sayang hambaNya yang bersabar menghadapi segala ujian..
deraian air mata tidak perlu berterusan hanya kerana kesedihan sebaliknya menangislah dalam kegembiraan..
kerana kejayaan sebenarnya satu ujian yang berat.. ujian bagi hati..
justeru, beringat2lah ketika berjaya mendapatkan apa yang dihajatkan..
Sekian dulu cetusan kali ini..
InsyAllah, Topik seterusnya tentang do'a..Do'a??
~Salam~
Feb 3, 2009
Hows ur heart??
Hows ur heart??
Apa Khabar Hatimu??
HEART is undeniably one of the important part of our life as human being since we need to have our own feeling..To illustrates, we need to feel in love, to be happy, sad, angry etc..
As Allah Apostle PBUH said :
Inside the human body, there is a flesh.. If the flesh is well, then the whole part of the body will be good.. In contrary, if this particular part is problematic, then the whole body will be bad.. Note that this special part is called "heart"..
There's no doubt that u'll feel ill if ur heart is sick..
In other words, ur feeling is not something that u made up, it is naturally comes from your heart..
What is expressed outside is not usually whats inside..
Sometimes both can be in opposite side..
Also, what u say sometimes the opposite of what u feel inside ur heart..
From what I learn in the CTU (Centre of thought & Understanding) class, there's 3 type of heart owned by human beings:
- Live heart (Hati yang hidup)
- Die heart ( Hati yang mati)
- Ill heart ( hati yang berpenyakit)
Live Heart
always remember Allah..
at peace..
Everyone aiming for this type of heart ( including me)..
In reality, only few of us have it..
as a Muslim, the most precious part of Iman is when u owned this type of heart..
u never feel loss or regret for any bad things happen to u..
Instead, u view it as a test from The Creator..
MasyaAllah, I really want to have this kind of heart..
always remember Allah..
at peace..
Everyone aiming for this type of heart ( including me)..
In reality, only few of us have it..
as a Muslim, the most precious part of Iman is when u owned this type of heart..
u never feel loss or regret for any bad things happen to u..
Instead, u view it as a test from The Creator..
MasyaAllah, I really want to have this kind of heart..
Die Heart
away from Allah..
seriously not at peace..
It is a very dangerous type of heart..
Some people owned it (Those who doesn't believe in Allah SWT)..
Unfortunately, they don't realize it..
How unlucky those people are..
Hopefully, I'm not in this category..(Nauzubillah..)
away from Allah..
seriously not at peace..
It is a very dangerous type of heart..
Some people owned it (Those who doesn't believe in Allah SWT)..
Unfortunately, they don't realize it..
How unlucky those people are..
Hopefully, I'm not in this category..(Nauzubillah..)
Ill heart
not exactly in the right track of showing their worship towards Allah, The Almighty..
sometimes at peace, but sometimes not..
Undoubtedly, most people owned it..(maybe even me)
this category of heart need a treatment in order to be alive peacefully..
Wake up people!! treat ur heart today..
it'll never be late for us to return to the right path..
Bcoz Allah is The Most merciful..
He never hate us though we've done so many sins..
Yet, he always wait for us to Taubah (return to Him)..
Imagine how much Allah loves us..
In fact, He loves us 70 time more than our mother does..
not exactly in the right track of showing their worship towards Allah, The Almighty..
sometimes at peace, but sometimes not..
Undoubtedly, most people owned it..(maybe even me)
this category of heart need a treatment in order to be alive peacefully..
Wake up people!! treat ur heart today..
it'll never be late for us to return to the right path..
Bcoz Allah is The Most merciful..
He never hate us though we've done so many sins..
Yet, he always wait for us to Taubah (return to Him)..
Imagine how much Allah loves us..
In fact, He loves us 70 time more than our mother does..
Queries & Quotes from friends
A friend of mine said that his heart is "dry"..
Then he ask me to interpret meaning of a dry heart..
my answer :
This is one of the example of ill heart.. it needs to be watered.. with a remembrance of Allah Azza Wa Jallah.. Make a do'a to Him.. ask for a guidance from Him.. bcoz do'a is the sharpest weapon of Muslim..
Then he ask me to interpret meaning of a dry heart..
my answer :
This is one of the example of ill heart.. it needs to be watered.. with a remembrance of Allah Azza Wa Jallah.. Make a do'a to Him.. ask for a guidance from Him.. bcoz do'a is the sharpest weapon of Muslim..
Where there's a will there's a way..
where there's a prob, never get sob! sob! sob!..(sad)
where there's a prob, never get sob! sob! sob!..(sad)
Life doesn't always happy..
A quote from a friend " life is not colourful without probs"..
I think : yups, it is true.. No doubt... take those probs that happen in our life as a test from Allah as well as a unrealised step in getting closer to Allah.. Allah loves us.. thats the reason why He test us.. He wants to know how much do we love Him.. so, don't ever fail in ur test ok!!
Another friend (amanhati) said "Alangkah indah hidup ketika bercinta"..
I think : This is a very nice quote of amanhati.. love it.. Just that I still need further explanation about this quote so that I'll not misinterpret it.. Anyway, I like this quote.. thanx Mr aman hati..
What to do now??
After reading this post, check ur heart.. If needs a treatment, then treat it with the best treatment.. do it with all ur effort.. In the meantime, ask a guidance from Allah SWT.. Remember Him all the time.. Avoid urself from bad deeds.. Last but not least, take care of urself..
Till next time..
~Salam..~
Subscribe to:
Posts (Atom)

