Oct 28, 2009

No God But Him


Salam buddies.. instead of just leaving this page rarely updated with latest stuff to share, i was suddenly initiated to post some of the ayah from the Holy Book so that my blog keep updated.. perhaps, this could be a good start for me..
neways, enjoy reading..



Katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya? (59)

Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid). (60)

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. (61)

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (62)

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya. (63)

An-Naml (27) verses 59-63

p/s : look at the repetition of sentences in bold..
then, ask your heart to answer it.. There's none..(tiada)...

I guess thats all for now..
Thanks for reading..
see y'all soon..
Salam..;)

Oct 7, 2009

ingin kembali kepadaNya

salam buddies..
it has been ages..
ntah kenapa tp diri ini merasa kosong sejak akhir2 ini..
cuba mencari penyelesaian kepada arah yg ingin dituju..
tp blum menemukan org yg sesuai utk membawa ke jalan itu..
mungkin ada cuma mungkin x tahu siapa..
rindu hati ini ingin kembali kpd suasana surau INTEC ditemani oleh rakan2 yg byk memberi nasihat dan menjadi tmpat bertanya ketika keraguan melanda..

sekarang.. diri ini hanya mampu berusaha agar kewajipan yg lima itu senantiasa terjaga.. takut sekali kalau2 smpai kembali ke zaman jahiliyyah dulu..(na'udzubillah)..
kesibukan mengurus itu dan ini mnjadi alasan utk melarikan diri dari melakukan kebiasaan sunat yg dlu sgt suka dilakukan.. betapa lemahnya iman ini..
hanya mampu berdo'a agar Allah mengampuni segala dosa yg pernah dilakukan secara zahir mahupun batin..

mungkin itulah lumrah manusia.. bila diuji dgn kesusahan baru nk cari Allah.. (teguran utk diri ini n kawan2 yg mengalami hal yg sma)..

teguran seorg teman hari ini membuatku tersentak seketika.. cuba mentarbiyyah kembali kelemahan diri.. kadang kala, kita x sedar yg kita dah sakitkan hati org lain.. mungkin org lain tidak mampu menerima kelemahan kita dgn mudah.. mungkin tidak seperti bagaimana diri ini bisa bersabar dgn kerenah kwn2 yg pelbagai.. kdg2 penat juga asyik, nak jaga hati diorg.. smpai ke suatu tahap terpaksa lepaskan juga.. tapi harus diingat.. 'api x boleh dibalas dgn api'.. sepertimana Rasulullah S.A.W membalas perbuatan buruk seorg yahudi kepada baginda dgn kebaikan..

tp kembali kepada teorinya.. tidak semua org bisa menerima kelemahan kita sepertimana kita bisa menerima kelemahan mereka yg mereka tidak sedari..
manusia dtg dgn pelbagai "pakej" yg Allah dah sediakan.. Subhanallah.. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana..

Maka dgn itu, mintalah pada Allah agar digolongkan dlm kalangan org2 yg sabar dan tenang..

diri ini sedar bahawa tidak mudah utk berubah ke arah kebaikan dan perubahan itu tidak akan berlaku sekelip mata.. mungkin mudah utk menyatakan tp melakukannya adalah suatu hal yg diakui sgt sukar.. tp kalau sesuatu itu dilakukan dgn niat dan cara yg betul serta bersungguh2 dan diiringi dgn do'a, tidak mustahil kita akan menjadi seorg yg lebihbaik dari hari2 sebelumnya.. insyaAllah..

sekian dulu coretan kali ini..
sampai ketemu di coretan yg seterusnya..


p/s : lagu ni lagu terbaru opick.. Allah Maha Melihat feat.Amanda

~salam~

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )