Apr 30, 2010

coret-coret : hidupku di Sheffield


Salam alaikum readers..

Alkisah.... 3 Wilko..
bisa kudengar gelak tawa mereka sambil menari-nari dalam kemabukan dek arak yang dituang ke mulut-mulut busuk..
bisa kudengar dengan jelas suara-suara itu bersahutan dengan musik yang sedang rancak dimainkan.. manakan tidak, rumah kami terpisah oleh satu dinding saja, ditambah pula level bilikku yang seras dengan ruang party mereka.. maka mudahlah aku merasa terganggu dengan bunyi bising itu.

Eleh.. macam xbiasa, kat UK ni bro.. normal la tu.. mungkin feedback2 yang akan didengar bila menceritakan soal gangguan bising di sebelah rumah dek jiran yg tak reti bahasa.. nak buat camane, diorang memang tak reti cakap melayu pun..

So, bila orang-orang tanya, Best tak belajar kat UK? kadang-kadang aku terfikir, apa yang best sangat ek?.. 2-3 saat.. baru kujawab. Best! (nada ceria!)..

Makanan
Alhamdulillah..agak mudah nak cari makanan halal di UK ni.especially di tempat yang komuniti Muslimnya boleh dikatakan ramai seperti Bradford dan Manchester.
Apapun, yafai dan popeye menjadi pilihanku.. (oh ya, dua-dua ni ada kat Sheffield..)
Tapi lagi best sebab housemates ku rajin masak.. haha.. sedap pulak tu.. buat perutku selalu kenyang..;0

Cuaca
sejuk. perkataan paling mudah untuk menggambarkan semua musim.. (musim panas pun orang cakap sejuk gak)..
cuma apa yang membezakan setiap satu di antara 4 musim tu adalah tahap kesejukan.. tapi alhamdulillah, sekarang ni dah rasa macam kat malysia sikit, kalau malam lah.. sebab dah musim spring.. so, matahari pun selalu muncul menampakkan diri..

Tempat tinggal
Alhamdulillah, ok2 saja.. Walaupun ada ketikanya 'runtuhan' berlaku di sana-sini akibat kebocoran di bahagian2 tertentu di rumahku.. landlord pula rajin datang kalau nak kutip duit sewa rumah,. haha.. dia busy kot.. xpelah.. Tapi tak apa, dah nak pindah dah pun.. Mesti ayahku akan gelak besar kalau dia tahu ni.. saja tak cerita dalam phone.. sebab takut gak buat diorg risau.. terutamanya mama..

Study
So far so good.. cuma agak blur sikit kadang2 tu sebab bahasa yang bukanlah bahasa harian di rumahku ditambah pula dengan accent yang agak asing di telinga ku membuatkan mengambil masa untuk mengadaptasikan diri dengan bahasa komunikasi harian di kelas..
alhamdulillah, its get'ing bet'er though.. haha..

Carboot sale
aku selalu dengar pasal carboot ni.. sejak kat Malaysia lagi, org yang pernah pergi UK selalu cerita.. tapi baru sekali aku pergio carboot sepanjang beberapa bulan aku di UK ni.. bolehlah tahan.. lebih kirang macam 'tamu' di sabah.. tapi kalau kat Sabah, aku yang jadi penjual kat 'tamu' tu.. haha..

Masjid
Wah.. ni part yg agak mencabar sebenarnya.. almaklumlah, struktur bumi sheffield yg berbukit bukau ini agak mencabar iman.. masjid terletak di bahagian yang agak tinggi.. sementara rumahku boleh dikatakan berada di bawah kaki bukit.. jadi, nak ke masjid kenalah mendaki bukit.. tapi takpe, boleh jadi exercise untuk kakiku..

Tram dan Train
Antara benda best yang ada kat UK ni adalah tram.. macam keretapi tapi bergerak kat atas jalan raya.. so, kenalah ikut lampu isyarat yang ada.. mula-mula agak lawaklah tengok benda ni stop kat tengah jalan raya sebari ngan bas, kereta dan basikal.. lama-lama, baru aku boleh biasakan pemandangan tu dan tak gelak.. sekrang aku hanya mampu tersenyum kecil bila tengok kejadian tu berlaku..
train pula menjadi pilihan utamaku untuk travel ke tempat-tempat lain di UK ni.. sebab mudah dan berpatutan.. walaupun kos tambangnya lebih mahal sedikit berbanding bas, tapi bila consider balik soal masa, berbaloi lah sebab naik train lebih cepat dan mudah berbanding naik bas..

Itulah serba sedikit yang boleh kukongsikan tentang apa yang aku lalui di Sheffield ni.. Homesick tu perkara biasa lah terutamanya bila teringat masakan mak..(dasar anak manja).. haha..

Aku mula belajar banyak perkara sepanjang berada di bumi UK especially di Sheffield ni.. paling penting sekali untuk hidup berdikari.. Semuanya kena uruskan sendiri.. syukur sebab ada kawan-kawan yang best2 yang sudi membantu bila diperlukan..kalau tidak, mungkin dah lama ku 'hanyut' dan 'terkapai-kapai'.. Alhamdulillah..



Subur Kembali


Salam alaikum readers..

Saya suka untuk share lagu ni sebab sangat dekat dengan diri kita sebagai hamba Allah..
Semoga harapan kita sebagai hamba Allah selalu subur..

Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila Kenangkan Qahar-Mu
Rasa Gerun Di Hatiku
Kerana Takutkan Seksa-Mu

Hamba-Mu Rasa BerPutus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa Yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tika Mengenang Ghafar-Mu
Putus Asa Tiada Lagi
Semangatku Pulih Kembali
Harapanku Subur Kembali

Ujian Menimpa Menekan Di Jiwa
Tak Sanggup Meneruskan Perjuanganku
Mehnah-Mu itu Penghapus Dosaku
Mengganti Hukuman-Mu Di Akhirat

Di Waktu Mengenang Rahmat-Mu
Terasa Diri Kurang Bersyukur
Pada-Mu Harusku Memohon
Moga Syukurku Bertambah

Alangkah Susahnya
Mendidik Nafsuku
Yang Tidak Dapat Melihat Kebenaran-Mu
Bantulah Hamba-Mu
Dalam Mendidik Jiwaku Ini

Mari sama-sama merajinkan diri untuk selalu berusaha mendidik jiwa. :)
Setakat itu entri kali ini. Jazakallahu khair kepada saudaraku syazwan yang mengirimkan lagu ini di laman buku muka Asyandi. :)

Wassalam~

Apr 28, 2010

Jom Jaga

Salam alaikum readers..

Untuk entri kali ini, suka untuk saya kongsikan tentang pengamatan sepanjang beberapa ketika berada di daerah tujuh bukit yang juga dikatakan sebagai fakta oleh salah seorang teman saya kononnya Sheffield juga terkenal sebagai salah satu tempat yang paling banyak terjadi fenomena pelangi.. menarik bukan?..

Namun, bukanlah itu point entri kali ini.. tapi sesuai dengan tajuk, jom jaga!. huh? jaga apa? berjaga-jaga? Sebenarnya, ada banyaaaaakk benda yang perlu kita jaga dalam hidup kita ni.

Disebabkan skopnya terlalu luas, biarlah saya spesifikkan sedikit aspek yang ingin saya sentuh kali ini, iaitu aspek gaul-gaul dan campur2 seperti nasi campur.
Memang sedap nasi campur, bila kena dengan lauknya. Enak juga bilamana buah digaul dengan kuah rojak. Kerana memang rasanya sedap, jadi alhamdulillah perut menerima dengan rasa gembira.

Tapi.. dalam aspek yang mats dan minahs bercampur2 dan bergaul dengan tidak kena pada tempatnya, yakni di luar batasan yang dibenarkan syarak, maka tidak enaklah rasa melihatnya. Saya bukanlah contoh yang terbaik dalam mempraktikkannya.. justeru ini adalah teguran dan nasihat buat diri sendiri dan readers yang disayangi sekalian.

Mungkin akan ada yang bilang, kami xbuat apapun, setakat tu dan ini je... bla bla bla.. Atau mungkin ada yang cakap, takde orang tegur pun sebelum ni, apsal tiba2 nak buat2 baik ni?.. Atau mungkin bahkan lebih teruk kalau ada yang bilang, lantak kami.. dosa kami tanggung sendiri..

Bukannya apa, Islam kan dah ajarkan tentang batas2 pergaulan.. Sejauh mana yang kita WAJIB jaga.. Kayu ukurnya, bilamana perkara yang kita lakukan itu tidak membuat kita sampai lupa kepada Allah. Dan selagi kita yakin hal itu dibenarkan di dalam syarak. Kalau xsure atau xtahu, tanyalah kepada yang tahu.. Jangan main rasa2, sebab hukumannya nanti bukan boleh dirasa2 atau dicicip2 seperti lauk.. Sekali kena, terus 'sentap'.. Naudzubillah..

Tak perlu nak diulang2 sebab semua dah besar, dah tahu jaga diri.. tapi kalau gaul2 ni xjaga kiranya xjaga diri lah kan?..

Renung2kan dan fikir2kanlah.. Lepas tu, sama2lah kita jaga.. ;)

Sekian dulu entri kali ini..

Wallahu a'lam.
Wassalam.


Apr 25, 2010

Complaining

Salam alaikum readers..

Astaghfirullah, dimulakan dengan ucapan itu kerana penulis merasa menyesal kerana terlalu 'goyah' dan 'lemah'. Ketika mana beru diuji dengan sedikit ujian, diri ini terlalu mudah untuk mengeluh.
Baru demam, belum lagi sakit-sakit yang lebih teruk, dan belum lagi diberikan ujian yang lebih berat, tapi dah mula mengadu tidak larat. Mudah mencari alasan.Tidak salah untuk mengeluh tapi pastikan pada tempat dan kadar yang betul.
Kes yang sama bilamana merasa kekurangan wang atau kehilangan barang berharga, mudah sangat mencari manusia untuk meng'complain' masalah. Lemahnya iman.

Jadi, suka untuk penulis kongsikan pesan daripada seorang sahabat pena.

Complaining Only to Allah
Man needs to obtain his provision and other needs, and to protect himself from harm. In both cases he should call on Allah. He should not ask for provision from anyone other than Allah, and he should not complain to anyone other than Allah. As Ya'qub a.s said, " I only complain of my distraction and anguish to Allah..." (yusuf 12:86)

When Ahmad ibn Hanbal was sick, he was told that Tawus used to hate the sound of a sick person groaning, and would say, "This is a complaint", so Ahmad never groaned until the day he died.

Complaining to the Creator, on the other hand, does not contradict the idea of goodly patience. For Ya'qub as said " Patience is most fitting (for me)" (yusuf 12:83), but he also said, "I only complain of my distraction and anguish to Allah.." (yusuf 12:86)

'Umar ibn al-Khattab used to recite Surah Yunus, Yusuf and an-Nahl during Fajr Prayer. When he reached this ayah, he wept so much that his sobs could be heard in the last rows of the congregation.

Musa a.s. used to pray, "O Allah, to You be all praise and to You (Alone) do i complain. You are the One Whom I ask for help, in You I seek refuge and upon You I rely. There is no strength or power except in You."

One of the dua's's which the Prophet saw said when the people of Taif did what they did to him was, "O Allah, to You I complain of my weakness and helplessness, and of the people's caring nothing for me...." (hingga akhir doa. gi google sendiri).

taken from:
Al-Ubudiyyah: Being True Slave of Allah
Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah
Translated by: Nasiruddin al-Khattab

Maka, kesimpulannya, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa agar diri kita tidak letih dan tidak jemu mengadu padaNya. Dan agar diri kita menjadi hamba Allah yang sebenar.

Sekian dulu entri kali ini.

Wassalam.

Apr 20, 2010

Sabah Bah


Salam alaikum readers..

Entri kali ini andalah berkenaan dengan ciri-ciri khas Sabahan dalam berbahasa.



Buli Ba Kalau Kau (Boleh Bah Kalau Kau)

Bah Bukan banjir

Dalam Bahasa Melayu, perkataan 'bah' membawa maksud banjir. Tapi 'bah' yang biasa disebut oleh lidah-lidah para sabahan adalah suatu imbuhan untuk melengkapkan loghat Bahasa Melayu penduduk Sabah.

Suatu fakta yang istimewa berkaitan 'bah' ialah hanya Sabahan yang mampu menggunakannya dengan tepat pada waktu dan situasi. Hal inilah yang mampu membezakan antara Sabahan yang memang Sabahan dengan Sabahan yang dibuat-buat.

Contoh penggunaan 'bah' yang betul
Jangan kacau saya bah, saya tidak suka..
Ok bah kalau kau!

Contoh penggunaan 'bah' yang salah
Mari bah kita jalan-jalan bah..
Saya bah suka kamu bah..


Macam-macam accent

Di Sabah, kepelbagaian etnik yang masing-masing mempunyai identiti tersendiri sememangnya terserlah bukan sahaja melalui cara hidup dan budaya, malah juga melalui pertuturan bahasa dan loghat Melayu mereka.

Loghat ini bukan sahaja meyerlahkan bangsa atau etnik seseorang malah kadang-kadang sangat berguna untuk mendapatkan maklumat tentang tempat asal seseorang itu.
Contoh yang biasanya mudah diteka ialah masyarakat Bugis di Sabah dan juga penduduk di kawasan Tawau dan Sandakan yang memiliki nada, tona atau telo berbahasa Melayu yang tersendiri.


Pinjam bahasa etnik

Selain daripada perkataan-perkataan yang wujud dalam Bahasa Melayu, masyarakat Sabah turut menggunakan beberapa perkataan daripada bahasa-bahasa etnik yang ada di Sabah di dalam perbualan harian.
Contohnya, mengolok-ngolok yang bermaksud mengejek atau memperli dan juga bidak(bida') yang bermaksud hodoh atau jelek. Untuk contoh yang lain, sila tanya kepada rakan-rakan Sabahan anda.


Bukan ingin racist atau statist

Tujuan entri kali ini bukanlah ingin menimbulkan semangat kenegerian atau kebangsaan pada sesiapa. Sebaliknya, penulis sekadar ingin berkongsi informasi tentang Sabahan yang memiliki kepelbagaian bukan sahaja dari segi etnik dan budaya, bahkan juga dari segi cara pertuturan.

Hal ini seperti firman Allah yang bermaksud :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujurat 49 : 13)

Subhanallah, maka janganlah ada sifat cintakan bangsa atau keturunan yang melebihi rasa cinta kepada agama pada diri kita kerana yang paling mulia dalam kalangan kita ialah yang lebih ketakwaannya kepada Allah.




Baiklah, cukup setakat itu dulu coretan yang ingin dikongsi kali ini, sampai ketemu lagi dalam entri seterusnya.

Wassalam.







Apr 18, 2010

Konflik

Konflik oh konflik
pergi kau jauh-jauh
wujudmu mengundang serabut ku
keliru, bimbang bermaharaja lela
sedang syaitan bersorak ria
raikan tumpasnya anak-anak Adam
pada nafsu
pada godaan


Jangan begitu
takutnya munafik
di depan baik, di belakang jijik
akal sempit hati sakit
hidup mudah terasa rumit

Taubat
kembali sesudah berbuat
biar dosa segunung tinggi
ampunan tersedia
asal ikhlas dan yakin
takkan mengulangi
maaf pada hak yang dizalimi

oh konflik, selamat tinggal
biar aku tenang



Apr 17, 2010

Jangan Sampai Lupa


Malam ini begitu gembira
Nikmat dunia begitu terasa
hanya jangan sampai lupa
kalau masih punya Dia

Buka mata lihat dunia
keindahan alam tercipta
jangan sampai tertipu
kalau hakikatnya hanya sementara

Mulut bisa saja mengucap syukur
Hati belum tentu
kerana terkadang keliru
kecantikan yang palsu

Takut bisa dibua-buat
resah bisa bermusim
bilamana merasa kosong
hilang tempat bergantung

Nilailah,
apa hanya ingat Dia bilamana susah?
sedang ketika senang,
hanyut berfoya-foya

Aku takut aku alpa
Aku takut rasa cukup itu datang
sedang neraka menanti
syurga menutup pintunya




Apr 15, 2010

Surprise?

Salam alaikum readers..

Untuk entri kali ini, penulis ingin bercerita tentang kisah yang mengejutkan penulis dan kawan2 Malaysian yg satu course dengan penulis.

Terlewat
Kisahnya begini, pagi hari ini penulis sampai ke lecture hall agak lewat. So, masa sampai dekat lecture hall tu lecture pun dah start.
Biasanya, dia akan bagi handouts untuk dirujuk dan di-fill-in pada bahagian yg telah di'blank'kan oleh lecturer tu. Tapi, hari agak pelik sebab tak dapat handouts pun masa masuk lecture.
Penulis bertambah pening lagi sebab lecturer cakap laju and dia suruh fill in the blanks. Nak angkat tangan untuk minta handouts, segan.. Sebab lecturer tengah syok ber-pot-pet.
Jadinya, penulis pun salinlah mana2 notes yang dirasakan penting.

Pinjam Notes
Masa dah habis lecturer, penulis pun pergilah ambil handouts dan pinjam handouts kawan filipino yg dah lengkap terisi untuk dijadikan rujukan. Nasib baik dia bagi pinjam.

Penulis : Hey kristine, may I borrow your handouts?
Kristine : Oh ya, sure!
Penulis : I'll give it back tomorrow. Is that okay?
Kristine : sure...

Dan penulis pun dengan selambanya pulang ke rumah dengan perasaan riang sebab kelas dah habis untuk hari ni..

Surprise..!
2.25 pm. Tiba-tiba handphone penulis bergetar. Bila cek, ada mesej baru masuk. Cek inbox, dari kristine.

Sorry, just want to remind u we have a chem& world around us test at 3pm.. I'm sure u already knew anyway..

Masa ni terus terkejut!!!
Penulis pun terus call kristine.

Me : Heya, surely we got test today?
Kristine : yup, I purposely text u cause I guess u might have forgot bout as u said u'll give the handouts back tomorrow. LOL!
Me : Ya right. I really have no idea bout it. And yeah, haven't study anything for sure.
Kristine : Owh don't worry, u'll be fine.
Me : Uhm.. Hope so.. Thanks for the info. See ya later..
Kristine : No worries.. see ya..

Penulis pun terus call kawan2 Malaysian yang ambil module tu. Diorang pun sama jugak. Tak tahu langsung pasal test tu. Siap pergi shopping kat Tesco lagi. Ada pula yang tengah syok main game.


Lessons
  • Sentiasa cek jadual kelas. Kadang2 ada workshop atau test yang mungkin kita terlupa kewujudannya.
  • Jaga hubungan baik dengan kawan2 satu course. Especially international students, sebab diorang mungkin membantu bila-bila masa saja.
  • Always be prepared and don't just study last minutes. Bahaya!! Nanti dapat surprise..

Apr 12, 2010

Spring Break is Over Now


Salam Alaikum Readers...

Alhamdulillah..

Hari yang panjang di penghujung minggu sudah berlalu. jam di tangan kananku menunjukkan 12:08 am menandakan hari baru sudah bermula. Hari Isnin sudah tiba, maknanya cuti musim bunga sudah berakhir untuk para Sheffielders.

Sedih, Gusar, Risau, Bimbang dan yang sama waktu dengannya, mula bermain-main di benak. Hanya tinggal beberapa jam sebelum Lecture pertama bermula secara rasminya. sigh..

Sheffielder akan kembali sibuk dengan manusia-manusia yang akan membuat assignment, menyiapkan lab report dan yang seirama dengannya setelah Spring Break selama 3 minggu dilalui dengan bermacam-macam aktiviti. Ada yang mengembara ke Eropah, Scotland, Dublin dan tidak kurang juga yang mengisi waktu cuti dengan bermain bowling dan menonton wayang di destinasi kesukaan ramai, Valley Centertainment.



Hari ini aku mulakan langkah untuk refresh kembali apa yang telah kupelajari sepanjang semester 2 bermula. Information Commons menjadi pilihan venue untuk aku study sepertimana rakan-rakan yang belajar course-course lain yang rata-rata dalam kalangan mereka masih memiliki kerja rumah a.k.a assignment untuk disiapkan.

Suasana IC membuatkan aku turut bersemangat. Alhamdulillah, seronok study hari ini.

Sampai ke rumah, aku terus mencapai lappy kesayangan ku dengan niat untuk ber'facebook' sekejap sebab hampir seharian tidak dijenguk. Aku buka notifikasi di laman facebook ku. Subhanallah, seseorang menghadiahi aku dengan lagu yang sangat menyayat hatiku. Terima kasih saudaraku Hilman.

Hilman, teman seperjuangan, teman serumah sejak di INTEC sehingga ke Sheffield, dan banyak lagi kisah yang kami kongsi. Alhamdulillah, betapa aku bersyukur mengenal saudaraku ini. Meskipun perwatakan dan latar belakang kami jauh berbeza, namun Allah menentukan kami untuk bertemu dan bersaudara. Subhanallah.

Mataku sudah mulai keberatan untuk membuka kelopaknya sedang badanku sudah mulai tergoda dengan panggilan katil empuk bersaiz double-bed. Ooo, nikmatnya dunia. Teringat aku pada firman Allah :


Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (15)Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (16) Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (17)
[as-Sajdah 32 : 15-17]

Baiklah readers. Rasanya coretan buat kali ini sudah sampai ke penghujungnya, sampai ketemu di coretan yang seterusnya, InsyaAllah.


Sekian

Wallahu a'lam

Wassalam




Apr 9, 2010

Penentu Segalanya



Mahuku merah
Kau pilih biru
Fikirku cerah
Kau buat gelap
Inginku jaya
Kau beri gagal

aku berusaha sekuat hatiku
dalam medan pencarian ilmu
tapi kefahaman bukan milikku
aku berusaha untuk yang terbaik
buat masa depanku
tapi kejayaan bukan milikku

aku berusaha mengajak mereka ke arahMu
ke arah jalan yang Kau redhai
jalan lurus itu
tapi kau juga yang menentukan
siapa yang Kau pilih
kerana hidayah milikMu

kami berusaha keras untuk itu
Kau yang memberi peluang
Kau yang menentukan
petunjuk Kau kurniakan

mahuMu segolongan
barisan yang teratur
lalu Kau pilih sebahagian
dari keseluruhan yang Kau ciptakan
seindah bunga-bunga di taman
hanya sebahagian yang dipetik
oleh tangan-tangan yang mengagumi
kecantikan bunga-bunga idaman

Kau yang memegang hati
Kau yang menetapkan hati
Sekuat manapun iman
pasti akan goyah
dek hakikat seorang insan ciptaan
lemah dan pelupa

Doa
itulah senjata
juga saluran meminta
sandaran kepada Pencipta
agar dipilih dan dijaga
agar ditetapkan hati-hati yang terbolak balik
agar diberi kesabaran dan kekuatan iman
demi kelanjutan langkah
dalam perjuangan menuju redha Tuhan

Apapun pilihanMu
redhaku wajib bersama
kerana Kau perancang terbaik
dan Kau lebih tahu
Kau Maha Tahu
sedang kami tidak tahu



Apr 7, 2010

Ayo.. buat kerja!

salam alaikum readers..

Semalam aku kebosanan sebab tak tahu nak buat apa. Assignment yang tak tahu macam mana nak disiapkan ditambah dengan nota yang masih kuarng untuk diulang kaji sebelum test dan exam yang semakin hampir. (tarik nafas jap...) . Tambahan, tiket flight balik ke Malaysia untuk summer break yang masih belum ku beli juga tak lupa hal-hal berbangkit yang lain. Banyaknya...... (capek deh gue..)



Chem 1504 : Chemisty and Internet

Untuk module ni, aku kena siapkan satu website yang berkaitan dengan subjek chemistry. Tajuk sudah dipilih, sumber rujukan pun dah ada. Masalahnya, aku tak tahu nak mula dari mana sebab aku tak reti bab coding terutamanya bila nak melawakan atau mencantikkan lagi page tu.

Then, seorang kawan aku ni pun suggest aku cek di halaman uncle youtube pasal cara-cara nak buat website ni. Ada lah aku jumpa tapi... aku still tak boleh tangkap. Aku perlukan seseorang untuk guide aku lively.

Time2 ni lah aku betul2 memerlukan senior2 kesayangan.. (huhu)

cukuplah dengan CHM 1504.



MAS 157 : Maths For Chemists

19 April ni ada Maths test. aku tak tahu kenapa Maths tiba2 jadi sesuatu yang membuat aku risau. Mungkin sebab aku jarang buat latihan dan terlalu fokus pada my love, chemistry.

Dulu2, Maths la subjek yang paling mudah untuk score, mula dari sekolah rendah sampailah buat A-level. Memang Maths la subjek selalu menjadi backup untuk markah keseluruhan aku.

Biasanya, aku akan ada mind set : alah.. test je pun.. bukannya ambil kira sangat pun.. Tapi, untuk module ni, lecturer ku yang penuh dedikasi menulis nota dengan kapur sambil bercakap tentang bab yang sedang diajarkannya, Prof Nil Mole namanya, beritahu kat kami semua yang markah test + homework > markah final exam.. Jadi, nak tak nak aku kena skor untuk test ni.


sedar tak sedar, dah panjang juga aku tulis ni. Aku rasa better aku stop dan buat kerja walaupun sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsi dengan readers sekalian.


Apapun, pengajarannya di sini ialah jangan suka tangguh kerja dan bila buat sesuatu kerja tu, buatlah bersungguh2. Paling penting, niatkan semua yang dilakukan tu adalah kerana Allah dan dalam sibuk2 dengan urusan study, jangan lupa kerja2 Islam yang dipikul dalam masa yang sama.


Suka sekali aku untuk berkongsi ayat dari kitab suci ini :


(يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ (٧

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (7)

(Muhammad 47 : 7)


Renung2kan dan selamat menolong agama Allah ya.

Wallahua'lam.

Wassalam alaikum.


Apr 5, 2010

Bearer of musk and worker on the fire




Salam alaikum readers.

Rasul Allah saw said:
"The example of a good companion and a bad one is the bearer of musk and the worker on the fires. A bearer of musk would give you some, you might buy some from him, or you might enjoy the fragrance of his musk. The worker on the fires, on the other hand, might spoil your clothes with sparks from his bellows, or you get a bad smell from him."
[Sahih Bukhari]

Who are the top 5 people you hang out with? List them. Now look at their qualities and you'll notice that you are a product of the sum of them. Do they have the outstanding qualities that you seek? If not, then it's time to find some bearers of musk that you can truly smell great from.

Quran Search

What is Phonetical Search ? Help | Feedback | Recommend
 
  Search for:    

   When showing results;

Show Phonetics   Show Translation

 

Weather ( InsyaAllah )